Saturday, December 21, 2013
Permohonan dan pendaftaran rumah Idaman Rakyat SPNB guna borang online
Permohonan dan pendaftaran rumah Idaman Rakyat SPNB guna borang online
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui
kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang
berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif
Perumahan Negara
Permohonan rumah idaman rakyat spnb borang online
Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online)
Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut
Borang Pendaftaran Bagi Program Rumah Idaman Rakyat |
---|
Borang boleh dilengkapkan dengan melayari pautan (link) http://58.26.15.107/rmm/borang.asp |
Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat |
---|
Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500 Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal |
Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat |
---|
a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000
b) Konsep pembangunan adalah bercampur
c) Jenis Rumah
Banglo
Teres Rumah Berkembar Apartment ( Minimum 5 Tingkat) Unit Kedai |
முன்னாள் குடியரசு தலைவர் ஏ. பி. ஜெ. அப்துல் கலாம்

முன்னாள் குடியரசு தலைவர் ஏ. பி. ஜெ. அப்துல் கலாம் பிறந்த நாள்...
ஏ. பி. ஜெ. அப்துல் கலாம் (A. P. J. Abdul Kalam) என அழைக்கப்படும் ஆவுல் பகீர் ஜெனுலாபுதீன் அப்துல் கலாம் (Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam) (பிறப்பு - அக்டோபர் 15, 1931, ராமேஸ்வரம்) இந்தியாவின் முன்னாள் குடியரசுத் தலைவர் ஆவார்.இவர் ஒரு சிறந்த விஞ்ஞானியும் பொறியியலாளரும் ஆவார். இந்திய விண்வெளி ஆராய்ச்சி நிறுவனம் (ISRO), இந்திய பாதுகாப்பு ஆராய்ச்சி மற்றும் மேம்பாட்டு நிறுவனம் (DRDO) ஆகியவற்றின் பணிகளில் முக்கிய பங்கு வகித்துள்ளார்.
இவர் 11-வது இந்தியக் குடியரசுத் தலைவராவார். இவரது பணிக் காலம் 2002-2007 ஆகும். இவர்"இந்தியாவின் ஏவுகணை மனிதன்" என்றும் அழைக்கப்படுகிறா ர். இந்தியாவின்எறிக ணைகள் வடிவமைப்பு, உருவாக்கம் மற்றும் வான் எரிசுகள் வடிவமைப்பு, உருவாக்கம் ஆகியவற்றில் இவரின் பங்களிப்பு கருதியே அப்பெயர் பெற்றார். இந்தியாவின் இரண்டாவது அணு ஆயுத சோதனையான பொக்ரான்-II (1998) சோதனையில் முக்கியப் பங்கு வகித்தார். முதல் அணு ஆயுத சோதனை 1974-ல் நடத்தப்பட்டது.
இந்திய விண்வெளி அறிவியல் மற்றும் தொழில்நுட்பக்கழ கத்தின்(திருவனந்தபுரம் ,கேரளா) வேந்தராகவும், சென்னை அண்ணா பல்கலைக்கழகத்தில் பேராசிரியராகவும , மைசூர் பல்கலைக்கழத்தில் வருகைப் பேராசிரியராகவும் இருந்து வருகிறார். மேலும் பல இந்திய கல்வி நிறுவனங்கள் மற்றும் ஆராய்ச்சி நிறுவனங்களில் வருகைப் பேராசிரியர் போன்ற சிறப்பு நிலைகளில் உள்ளார்.
அப்துல் கலாம் 1931ஆம் ஆண்டு தென் தமிழகத்தில் உள்ள ராமேஸ்வரத்தில் ஒரு ஏழ்மையான குடும்பத்தில் பிறந்தவர். அவருடைய தாய் மொழி தமிழ். அவருடைய தந்தை இந்து மதத்தின் தலைவர்களிடமும், பள்ளி ஆசிரியர்களிடமும ் மிகுந்த அன்புகொண்டிருந் தார். அப்துல் கலாம் தன்னுடைய சுயசரிதையில் தன் படிப்புச் செலவுகளுக்காக நாளிதழ்களை விற்றதாக குறிப்பிட்டுள்ள ார். கலாம் பிறந்த வீடு தற்போதும் ராமேஸ்வரத்தில் உள்ள மசூதி தெருவில் காணமுடிகின்றது. இந்த ஊருக்கு வரும் சுற்றுலாப் பயணிகள் இந்த வீட்டுக்கு வந்து பார்த்துச் செல்கின்றனர். கலாம் இயற்கையோடு வாழ்ந்தவர். 1964ஆம்ஆண்டு ஒரு சூறாவளிக் காற்று பாம்பன் பாலத்தையும் அதன் மேலே பயணிகளுடன் சென்று கொண்டிருந்த ஒரு ரயிலையும் கலாமின் சொந்த ஊரான தனுஷ்கோடியையும் இழுத்துச்சென்றதே. தண்ணீர் என்பது அழிக்கும் தன்மை வாய்ந்தது என்று அவர் எண்ணிக் கூடப் பார்த்ததில்லை என்று அவருடைய சுயசரிதையான அக்னி சிறகுகள் என்ற புத்தகத்தில் குறிப்பிட்டுளளார்.....
Monday, November 18, 2013
Tuesday, July 2, 2013
PERJUMPAAN BERSAMA KETUA POLIS NEGARA TAN SRI KHALID ABU BAKAR
1.MEWUJUDKAN
PROGRAM PEMULIHAN KEPADA BEKAS BANDUAN UNTUK
MEREKA MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.
Setelah ISA dan juga Ordinan Darurat dimansuhkan kebanyakan banduan telah
dibebaskan, ini menyebabkan pelbagai masalah serta kes jenayah mula meningkat
di selangor khususnya. Ini termasuk meliputi 8,141 kes bagi jenayah kekerasan
dan 36,161 kes jenayah harta benda.
Perkara ini sering berulang kerana Banduan yang
dibebaskan tidak ada punca pendapatan kerana mereka tidak mendapat peluang
pekerjaan, ini menyebabkan Kadar jenayah terus meningkat dan sampai ke
peringkat yang parah.
Kementerian Dalam Negeri perlu mewujudkan program pemulihan kepada
bekas untuk meneruskan kehidupan yang positif tanpa melibatkan diri dalam isu
Jenayah. Ini termasuk Program Kemahiran yang ditauliah oleh Kementerian Sumber
Manusia. Dengan adanya pengkhusuan kemahiran mereka dapat menjana pendapatan
bagi meneruskan kehidupan yang sejahtera serta Positif. Memperbaiki program pemulihan dalam penjara
dan memperkenalkan program penempatan semula selepas dibebaskan dari penjara –
Lebih kurang25% daripada banduan di Malaysia adalah pesalah berulang. Ini
menunjukkan bahawa kita perlu mengkaji semula pemulihan banduan yang sedia ada
danmemberikan sokongan lebih kepada bekas banduan apabila mereka cuba memulakan
hidup yang baru. Salah satu cara adalah dengan mengasingkan pesalah kali
pertama dalam penjara daripada banduan tegar atau berulang untuk mengurangkan
pengaruh negatif. skim penempatan kerja akan membantu memastikan bahawa bekas
banduan mempunyai cara sah menyara hidup mereka selepas dibebaskan dari
penjara. Pihak Polis juga perlu mengkemaskinikan ilmu mengurus Banduan yang
ingin memulakan kehidupan yang baru serta sah
2. PENAMBAHAN
PEGAWAI INDIA DIPERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI
POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Integriti adalah kunci utama kepada perubahan ini
kerana dengan kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat sahajalah PDRM dapat
meneruskan usaha untuk membuat perubahan. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
juga berusaha untuk meningkatkan imej
polis ke suatu tahap lebih tinggi menerusi transformasi yang dilakukan melalui penambahan pegawai dan anggotanya.
Kepolisan berprofil tinggi melibatkan
pegawai-pegawai kanan polis (berpangkat Inspektor dan ke atas) yang terlibat
dalam tinjauan mesra di kawasan komersial,jalanan dan kawasan perumahan. Dengan
berpakaian seragam penuh, merekaakan membuat rondaan bersama polis yang
bertugas untuk sekurang-kurangnyatiga jam dalam seminggu. Kehadiran mereka akan
membantu meyakinkan rakyat.
Tentang kesungguhan kepimpinan kanan PDRM
dalam menangani jenayah.Selain itu, ia juga akan memberi semangat kepada polis
biasa yang bertugas rondaan, yang akan melihat pegawai atasan mereka melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti kepolisan yang paling mencabar.
Namun angka Pegawai India diperingkat pengurusan tinggi
PDRM tidak memuaskan, Ramai pegawai yang menabus jasa di PDRM sekian lama,
Penambahan Ketua Polis Daerah dan juga Ketua Polis Negeri perlu dibahagikan
kepada Pegawai yang mewakili semua lapisan Masyarakat. Sejurus dengan kata-kata
YAB Perdana Menteri kita 1 Malaysia untuk Semua, penambahan anggota india di
PDRM serta lantikan baru Pegawai India Diperingkat Pengurusan Tertinggi PDRM
akan menjadi satu bukti yang nyata, dimana Kerajaan merialisasikan konsep 1 Malaysia dengan cemerlang.
3.
MEMPERLUASKAN SISTEM ATAU CARA MENGURANGKAN KADAR
JENAYAH
DI SELANGOR.
Memandangkan keadaan jenayah dan kepentingan
untuk mengurangkan jenayah buat rakyat,
kerajaan telah memilih ini sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
PDRM perlu
melibatkan pelbagai agensi dalam sistem keadilan jenayah serta bahagian lain kerajaan pusat
dan tempatan dan juga sektor awam.
Penting sekali, pendekatan baru ini perlu juga lebih berasaskan
penyertaan masyarakat dalam pengurangan
jenayah. Kesemua ini perlu dilakukan secara telus, supaya rakyat dapat
menyaksikan sendiri kejayaan kita bersama dalam mengurangkan jenayah.
Mempertingkatkan persepsi awam tentang
keselamatan dengan menggalakkan
penyertaan orang awam dan tanggungjawab bersama menerusi
kesukarelawanan, khususnya di kalangan
belia dan berbilang kaum. Memperbaiki dan memperluas program “Feet on Street”
– Polis, dengan bantuan sukarelawan,
akan membuat rondaan di kawasan-kawasan hot spot
untuk mencegah penjenayah dan meyakinkan
masyarakat awam. program khas perlu Sukarelawan Polis (PVR) diperluaskan
dengan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM
untuk menyertai rondaan lazim, dengan itu meningkatkan kehadiran polis di
mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis
bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi).
4.
MENJALANKAN “MONITORING SYSTEM” UNTUK MENGAWAL PERGERAKKAN BEKAS
BANDUAN.
Meningkatkan kebolehan mendapat dan
menggunakan peranti capaian mudah alih PDRM telah memasang peranti capaian
mudah alih yangmembolehkan pegawai-pegawai polis dalam rondaan untuk menyemakstatus
hak milik kenderaan menerusi pautan kepada pendaftaran kenderaan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, peranti ini terhaddari segi
bilangannya, yang menghalang kemampuan PDRM untuk mengesan dan menjejaki
kenderaan-kenderaan yang dicuri dengan segera. Dengan meningkatkan kebolehan
mendapat unit-unit ini serta memastikan bahawa sistem JPJ beroperasi sepenuh
masa, PDRM akan dapat mempertingkatkanpengawasan terhadap kenderaan. Ini juga
termasuk penambahan pemasangan CCTV di tempat yang kritikal untuk mengawasi
tempat tersebut 24 jam.
Pasukan Belia Kesedaran Jenayah Perlu
ditubuhkan dengan bantuan warga muda serta
ahli-ahli kumpulan belia. Pasukan warga mudayang berumur 15 hingga 25
tahun akan disediakan dengan latihan kemahiran kepimpinan dan digalakkan untuk
mempelajari isu-isu kepolisan dan keselamatan masyarakat di setiap daerah.
5.MENUBUHKAN
SATU JAWATANKUASA KHAS UNTUK MEMBUAT PEMANTAUAN SERTA
KAUNSELING KEPADA BEKAS BANDUAN.
Malaysia tidak unik dalam menghadapi risiko kadar
jenayah dunia yang meningkat setiap tahun. Jesturu, dalam misi untuk menurunkan
indeks jenayah negara dan pada masa yang sama menyelimuti rakyat dengan rasa
selamat, kerajaan telah meletakkan keselamatan negara di paras tertinggi melalui
National Key Result Areas (NKRA) Mengurangkan Jenayah.
NKRA Mengurangkan Jenayah telah mengadaptasi perpesktif
baru untuk mencergaskan semula sistem keadilan jenayah dan meningkatkan kualiti
perkhidmatan dalam menangani jenayah.
Untuk memberi pemulihan kepada penjenayah yang ingin
meneruskan kehidupan yang sah satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk
mengkaji latar belakang serta masalah di akar umbi punca seseorang terlibat
dalam jenayah. Mereka juga boleh berganding bahu bersama yayasan Pencegahan
Jenayah, yayasan strategik sosial dan agensi-agensi yang berkaitan.
6.
MENEMPATKAN PEGAWAI PERANTARAAN (BERUNIFORM) SEKOLAH YANG KEKAL SERTA
MENUBUHKAN UNIT KHAS UNTUK MEMERHATIKAN KEGIATAN PELAJAR
Aspirasi NKRA pendidikan ialah memberi penekanan kepada peningkatan
pencapaian pelajar secara menyeluruh meliputi intelektual, emosi, rohani dan
jasmani yang melonjakkan imej sistem pendidikan negara. Peningkatan pencapaian
pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan modal insan cemerlang
bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat menjadi negara membangun
menjelang 2020 tercapai.
Namun permulaan bagi gejalah
negatif bermula dizaman persekolahan,
Memandangkan Pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai perantaraan
disetiap sekolah mempunyai urusan rasmi yang lain. Ini menyebabkan kesukaran
untuk mereka menumpuhkan sepenuh perhatian dalam Tugas tersebut.
Sebagai jalan penyelesaian Perlantikan Pegawai Perantaraan sekolah perlu
dilakukan antara pegawai yang berkhidmat lama dalam jabatan serta Pegawai yang
akan tamat perkhidtmatan berusia antara
50 keatas. Mereka juga perlu ditugaskan sepenuh masa disekolah yang ditetapkan.
Ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas serta skill yang tersendiri
untuk merancang dan mengurus pelajar sekolah.
Wednesday, April 3, 2013
TERKINI! NEGERI-NEGERI YANG BUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI. #PRU13 #GE13
PULAU PINANG
Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas esok untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Guan Eng berkata, Exco yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh terdekat
SABAH
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin kira-kira pukul 3 petang ini selepas mesyuarat Kabinet negeri.
Musa kemudiannya akan membuat sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya sejurus selepas itu bagi memaklumkan mengenai kedudukan Dewan Undangan Negeri Sabah.
MELAKA
DUN Melaka dibubar pada pukul 1 petang ini selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam sebentar tadi.
Yang turut hadir ialah Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh.
Surat pengisytiharan pembubaran DUN Melaka akan diserahkan oleh Othman kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Haelmy Mohd Hanifah selepas mesyuarat exco.
KELANTAN
Kerajaan Pas Kelantan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini hari ini.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut selepas Mesyuarat Exco kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.
Beliau bagaimanapun menjelaskan masa untuk mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan ditentukan selepas mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan petang ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Negeri Sembilan akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serentak mengikut tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti dinasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Mohamad berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah pun terbubar secara automatik pada 28 April lalu selepas tempoh mandat lima tahun berakhir pada 27 April lalu, sebelum Parlimen dibubarkan hari ini. -
KEDAH
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kira-kira pukul 12.40 tengah hari di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd. Helmi Khalid berkata, ia diadakan di tingkat enam, blok E bangunan tersebut selepas selesai mesyuarat Exco.
Sementara itu, wartawan dan jurugambar membanjiri Wisma Darul Aman di sini sebaik sahaja pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pukul 11.30 tadi.
PERAK
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dekat sini pada pukul 2.30 petang ini.
Zambry menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan Zambry akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 5 petang ini.
SARAWAK
Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memastikan parti itu terus berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri dengan kemenangan calon-calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ahli dan jentera BN telah lama menanti pengumuman tersebut dan bersiap-siaga untuk menggerakkan pelbagai aktiviti bagi menjamin terus memerintah negeri ini.
TERENGGANU
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ahmad bagaimanapun berkata, belum ada tarikh tertentu berhubung pertemuan tersebut memandangkan Sultan Mizan sedang berada di luar negara dan dijangka kembali ke tanah air malam ini.
"Saya akan dapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menghadap tuanku yang dijangka pulang malam ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini
NEGERI SEMBILAN
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Negeri Sembilan akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serentak mengikut tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti dinasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Mohamad berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah pun terbubar secara automatik pada 28 April lalu selepas tempoh mandat lima tahun berakhir pada 27 April lalu, sebelum Parlimen dibubarkan hari ini
SELANGOR
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Senarai Syarikat Yang Menawarkan Tempat Untuk Latihan Industri Bil Organisasi Telefon/Fax/Email Pegawai dihubungi...
-
SELEPAS 52 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA...SUDAH 13 KALI KITA BERDEPAN DENGAN PILIHAN RAYA DAN JUGA BEBERAPA BY ELECTION DI SELURUH NEGARA...ADE...
-
workplace's environment may sometimes becomes "unhealthy" when harassment occurs. However, what can be considered harassment i...