Tuesday, July 2, 2013

PERJUMPAAN BERSAMA KETUA POLIS NEGARA TAN SRI KHALID ABU BAKAR




1.MEWUJUDKAN PROGRAM PEMULIHAN KEPADA BEKAS BANDUAN UNTUK       
   MEREKA MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.

Setelah ISA dan juga Ordinan Darurat  dimansuhkan kebanyakan banduan telah dibebaskan, ini menyebabkan pelbagai masalah serta kes jenayah mula meningkat di selangor khususnya. Ini termasuk meliputi 8,141 kes bagi jenayah kekerasan dan 36,161 kes jenayah harta benda.
Perkara ini sering berulang kerana Banduan yang dibebaskan tidak ada punca pendapatan kerana mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, ini menyebabkan Kadar jenayah terus meningkat dan sampai ke peringkat yang parah.
Kementerian Dalam Negeri perlu mewujudkan program pemulihan kepada bekas untuk meneruskan kehidupan yang positif tanpa melibatkan diri dalam isu Jenayah. Ini termasuk Program Kemahiran yang ditauliah oleh Kementerian Sumber Manusia. Dengan adanya pengkhusuan kemahiran mereka dapat menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan yang sejahtera serta Positif.  Memperbaiki program pemulihan dalam penjara dan memperkenalkan program penempatan semula selepas dibebaskan dari penjara – Lebih kurang25% daripada banduan di Malaysia adalah pesalah berulang. Ini menunjukkan bahawa kita perlu mengkaji semula pemulihan banduan yang sedia ada danmemberikan sokongan lebih kepada bekas banduan apabila mereka cuba memulakan hidup yang baru. Salah satu cara adalah dengan mengasingkan pesalah kali pertama dalam penjara daripada banduan tegar atau berulang untuk mengurangkan pengaruh negatif. skim penempatan kerja akan membantu memastikan bahawa bekas banduan mempunyai cara sah menyara hidup mereka selepas dibebaskan dari penjara. Pihak Polis juga perlu mengkemaskinikan ilmu mengurus Banduan yang ingin memulakan kehidupan yang baru serta sah







2. PENAMBAHAN PEGAWAI INDIA DIPERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI     
    POLIS DIRAJA MALAYSIA.

Integriti adalah kunci utama kepada perubahan ini kerana dengan kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat sahajalah PDRM dapat meneruskan usaha untuk membuat perubahan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga  berusaha untuk meningkatkan imej polis ke suatu tahap lebih tinggi menerusi transformasi yang dilakukan melalui  penambahan pegawai dan anggotanya.
Kepolisan berprofil tinggi melibatkan pegawai-pegawai kanan polis (berpangkat Inspektor dan ke atas) yang terlibat dalam tinjauan mesra di kawasan komersial,jalanan dan kawasan perumahan. Dengan berpakaian seragam penuh, merekaakan membuat rondaan bersama polis yang bertugas untuk sekurang-kurangnyatiga jam dalam seminggu. Kehadiran mereka akan membantu meyakinkan rakyat.

Tentang kesungguhan kepimpinan kanan PDRM dalam menangani jenayah.Selain itu, ia juga akan memberi semangat kepada polis biasa yang bertugas rondaan, yang akan melihat pegawai atasan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kepolisan yang paling mencabar.
Namun angka Pegawai India diperingkat pengurusan tinggi PDRM tidak memuaskan, Ramai pegawai yang menabus jasa di PDRM sekian lama, Penambahan Ketua Polis Daerah dan juga Ketua Polis Negeri perlu dibahagikan kepada Pegawai yang mewakili semua lapisan Masyarakat. Sejurus dengan kata-kata YAB Perdana Menteri kita 1 Malaysia untuk Semua, penambahan anggota india di PDRM serta lantikan baru Pegawai India Diperingkat Pengurusan Tertinggi PDRM akan menjadi satu bukti yang nyata, dimana Kerajaan merialisasikan konsep  1 Malaysia dengan cemerlang.





3. MEMPERLUASKAN SISTEM ATAU CARA MENGURANGKAN KADAR 
   JENAYAH  DI SELANGOR.
Memandangkan keadaan jenayah dan kepentingan untuk mengurangkan jenayah   buat rakyat, kerajaan telah memilih ini sebagai salah satu daripada enam Bidang  Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

PDRM perlu  melibatkan pelbagai agensi dalam sistem keadilan  jenayah serta bahagian lain kerajaan pusat dan tempatan dan juga sektor awam.  Penting sekali, pendekatan baru ini perlu juga lebih berasaskan penyertaan  masyarakat dalam pengurangan jenayah. Kesemua ini perlu dilakukan secara telus, supaya rakyat dapat menyaksikan sendiri kejayaan kita bersama dalam mengurangkan jenayah.

 Mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan dengan menggalakkan  penyertaan orang awam dan tanggungjawab bersama menerusi kesukarelawanan,  khususnya di kalangan belia dan berbilang kaum. Memperbaiki dan memperluas program “Feet on Street” – Polis, dengan  bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di kawasan-kawasan hot spot
untuk mencegah penjenayah dan meyakinkan masyarakat awam. program khas perlu Sukarelawan Polis (PVR) diperluaskan dengan  menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan lazim, dengan itu meningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi).










4. MENJALANKAN “MONITORING SYSTEM” UNTUK MENGAWAL PERGERAKKAN BEKAS  
     BANDUAN.

Meningkatkan kebolehan mendapat dan menggunakan peranti capaian mudah alih PDRM telah memasang peranti capaian mudah alih yangmembolehkan pegawai-pegawai polis dalam rondaan untuk menyemakstatus hak milik kenderaan menerusi pautan kepada pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, peranti ini terhaddari segi bilangannya, yang menghalang kemampuan PDRM untuk mengesan dan menjejaki kenderaan-kenderaan yang dicuri dengan segera. Dengan meningkatkan kebolehan mendapat unit-unit ini serta memastikan bahawa sistem JPJ beroperasi sepenuh masa, PDRM akan dapat mempertingkatkanpengawasan terhadap kenderaan. Ini juga termasuk penambahan pemasangan CCTV di tempat yang kritikal untuk mengawasi tempat tersebut 24 jam.

Pasukan Belia Kesedaran Jenayah Perlu ditubuhkan dengan bantuan warga muda serta  ahli-ahli kumpulan belia. Pasukan warga mudayang berumur 15 hingga 25 tahun akan disediakan dengan latihan kemahiran kepimpinan dan digalakkan untuk mempelajari isu-isu kepolisan dan keselamatan masyarakat di setiap daerah.














5.MENUBUHKAN SATU JAWATANKUASA KHAS UNTUK MEMBUAT PEMANTAUAN SERTA    
    KAUNSELING KEPADA BEKAS  BANDUAN.
Malaysia tidak unik dalam menghadapi risiko kadar jenayah dunia yang meningkat setiap tahun. Jesturu, dalam misi untuk menurunkan indeks jenayah negara dan pada masa yang sama menyelimuti rakyat dengan rasa selamat, kerajaan telah meletakkan keselamatan negara di paras tertinggi melalui National Key Result Areas (NKRA) Mengurangkan Jenayah.
NKRA Mengurangkan Jenayah telah mengadaptasi perpesktif baru untuk mencergaskan semula sistem keadilan jenayah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam menangani jenayah.

Untuk memberi pemulihan kepada penjenayah yang ingin meneruskan kehidupan yang sah satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji latar belakang serta masalah di akar umbi punca seseorang terlibat dalam jenayah. Mereka juga boleh berganding bahu bersama yayasan Pencegahan Jenayah, yayasan strategik sosial dan agensi-agensi yang berkaitan.















6. MENEMPATKAN PEGAWAI PERANTARAAN (BERUNIFORM) SEKOLAH YANG KEKAL SERTA MENUBUHKAN UNIT KHAS UNTUK MEMERHATIKAN KEGIATAN PELAJAR

Aspirasi NKRA pendidikan ialah memberi penekanan kepada peningkatan pencapaian pelajar secara menyeluruh meliputi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang melonjakkan imej sistem pendidikan negara. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai.

Namun permulaan bagi  gejalah negatif bermula dizaman persekolahan,  Memandangkan Pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai perantaraan disetiap sekolah mempunyai urusan rasmi yang lain. Ini menyebabkan kesukaran untuk mereka menumpuhkan sepenuh perhatian dalam Tugas tersebut.

Sebagai jalan penyelesaian Perlantikan Pegawai Perantaraan sekolah perlu dilakukan antara pegawai yang berkhidmat lama dalam jabatan serta Pegawai yang akan tamat perkhidtmatan  berusia antara 50 keatas. Mereka juga perlu ditugaskan sepenuh masa disekolah yang ditetapkan. Ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas serta skill yang tersendiri untuk merancang dan mengurus pelajar sekolah.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful