2010/10/05
KLANG: Polis hari ini mengambil keterangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam bagi membantu siasatan mengenai kehilangan ahli perniagaan, S Anpalagan, sejak Ogos tahun lalu.Seorang anggota polis berpangkat inspektor dari Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang, dilihat memasuki pejabat Ahli Parlimen itu di Kapar di sini jam 12.45 tengah hari tadi dan beredar 45 minit kemudian.
Manikavasagam sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Anpalagan, 43, yang dibesarkan di Teluk Bunut, Banting, dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Isteri Anpalagan, S.Jayanthy, 34, telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada 4 Ogos 2009 selepas suaminya tidak pulang ke rumah setelah menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa pada hari sebelumnya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment