2010/10/05
KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam Program Susu 1Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara, memastikan tiada murid mengalami keracunan akibat meminum susu tidak berkualiti.Selain pembekal susu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, sekali gus menjamin kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika melancarkan Kempen Minum Susu 1Malaysia peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Mutiara di sini, semalam.
Program itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 16 September lalu, bertujuan memastikan murid mendapat sumber protein mencukupi untuk menjalani pem
Muhyiddin berkata, program membabitkan peruntukan RM375 juta setahun berasaskan pembekalan dua kotak susu seminggu setiap murid atau 270 juta kotak setahun.
“Sabah sebagai pengeluar terbesar susu negara berupaya membekalkan 80 juta kotak susu setahun, manakala bakinya dari Semenanjung dan Sarawak,” katanya.
No comments:
Post a Comment