Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda berkaitan kes pembuangan bayi yang menjadi isu hangat pada masa ini.
Anda yang berada di dalam kelompok Generasi Y iaitu remaja/belia yang berumur 10 hingga 28 tahun dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena yang berlaku. Anda juga boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 15 hingga 28 tahun.
Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden.
Untuk menyertai survei ini sila klik url >> Kajian Isu Pembuangan Bayi
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment