Wednesday, October 24, 2012

SJKT Batu Ampat| Dapat Tanah Baharu?

Tapak tanah baharu untuk SJKT Batu Ampat


SRJKT Batu Ampat di Kampung Jawa, Klang akan dinaik taraf sebaik proses pembelian tapak baharu selesai dilakukan bagi membina bangunan tambahan.


KLANG - Nasib lebih 1,000 murid dan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batu Ampat, Kampung Jawa di sini yang selama ini terpaksa belajar dalam bangunan yang terjejas teruk akibat serangan anai-anai dan masalah banjir bakal berubah.
Ia berikutan tindakan kerajaan Pusat yang membeli tanah seluas 1.2 hektar di sebelah tapak sekolah itu bagi membina bangunan baharu yang lebih selamat dan selesa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel berkata, proses jual beli tanah itu daripada pemilik asal sedang diuruskan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.
"Lebih menggembirakan, pemilik asal tanah juga bersetuju untuk memberikan tambahan 0.4 hektar tanah secara percuma demi masa depan murid-murid sekolah itu.
"Kita akan mengumumkan secara rasmi pemberian tanah itu untuk pembinaan bangunan baharu sejurus selepas menerima surat pengesahan urusan jual beli daripada pemilik tanah tersebut," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

-KOSMO-

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful