"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk
hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang
saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer
berbayar berjumlah RM2,
Beliau berkata SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di
bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan mengkehendaki mereka
mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh
empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.
Mohd Naim berkata pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah
dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum
sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.
Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat,
pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau
berbangkitnya isu-isu.- Bernama
Sumber:KLPOS
No comments:
Post a Comment