Monday, January 30, 2012

BENTONG KALI BELUM MATI ? SIAPA ITU?

Setelah tamatnya kisah Botak Chin yang ada 5 siri semuanya tue, macam drama la pulakan...Kepada sesiapa yang rasa berminat dan mengidam nak baca entry Botak Chin yang mana mengikut olahan Arm sendiri,  Gua nak membawa lagi pula kisah penjenayah dulu-dulu yang pernah menghuru-harakan ketenteraman masyarakat Malaysia suatu ketika dulu, mungkin nenek atau atuk kita turut sama merasa ketakutan tahap dewa 16 ketika keganasan  yang dilakukan oleh penjenayah nie,yang mana tak kurang dengan ganas dan kejamnya juga...Pada kali nie, Arm nak story pasal 'Bentong Kali' lah pula...

Ada sebarang bantahan tak dari korang semua sebelum Arm nak cerita tentang Bentong Kali nie. Arm harap tak adalah bantahanlah ya dari korang semua. Jangan pula lepas nie korang memakai baju merah dan membuat kutipan derma darah, lepas tue...korang mandilah sendiri dengan darah tue...hehehe...Jangan marah ya. Korang kenal tak Bentong Kali nie? Pernah tak korang mendengar nama Betong Kali nie? Oklah, Arm pun malas nak tunggu jawapan korang tue. Bentong Kali nie penjenayah yang paling dikehendaki jugalah selepas penjenayah Botak Chin nie...Kalau Botak Chin era 70-an, Bentong Kali nie pula era 90-an...Apa tunggu lagi, mari kita berkenalan dengan penjenayah nie...

Nama sebenarnya bukanlah Bentong Kali, namanya adalah P. Kalimuthu. Dilahirkan pada 22 haribulan Januari tahun 1961. Dia adalah anak yang ke lapan daripada 11 adik beradik, peh ramai tue adik-beradik dia kan. Dia adalah berasal dari Bentong, Pahang. Orang Bentong nie, oleh kerana dia berasal dari Bentong, dapatlah dia gelaran 'Bentong Kali'. Manakala 'Kali' tue pula diambil dari namanya sendiri Kali-muthu...


Part 2 Tunggu Besok yer!!!!
sumber: Kamikaze blog

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful