Friday, November 18, 2011

PRU13, Kemana undi anak muda?


Artikel kali ini akan membincangkan topik berkenaan “keputusan Pilihanraya Umun ke 13 (PRU-13) di tangan pengundi muda /baru. Artikel ini akan bermula dari analisis jumlah pengundi muda dan pengundi baru bagi bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 yang bakal mencatatkan sejarah baru bagi negara kita. Dianggarkan lebih 4 juta pengundi baru dan pengundi muda akan turun mengundi bagi melaksanakan tugas memilih pentadbiran kerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan PR.
Pengundi muda harus memainkan peranan mereka sebagai pemilih yang akan menentukan hak dan kuasa rakyat bagi membentuk kerajaan. Perkara ini sangat penting kerana majoriti pertaruhan antara pihak kerajaan dan pembangkang ialah pengundi muda dan juga pengundi baru. Jadi, apa yang menjadi kepentingan mereka ialah pemahaman berkenaan apakah kerajaan yang dipilih ini akan mampu melakukan perubahan besar bagi pembangunan diri mahupun pembangunan nasional. Dalam soal ini mereka perlu bijak untuk menilai sedalam-dalamnya supaya tidak akan tersilap langkah. Persoalan sekarang ialah apa kelebihan antara kerajaan BN dan juga kerajaan PR.
Asas penilaian untuk pengundi muda perlu ambil berat ialah kemampuan antara kerajaan BN dan juga kerajaan PR dalam mentadbir dan membawa perubahan besar kepada masyarakat. Mari kita nilai untuk banding bezakan antara kerajaan BN dan juga kerajaan PR. Kita mulakan dengan kerajaan PR. Pertama, kita lihat parti komponen dalam PR sama ada mereka sepakat dalam konteks pendirian parti mahupun aspek agenda nasional yang diperjuangkan. Bermula dengan parti PAS yang memperjuangkan nilai-nilai islam sejagat dimana perjuangan mereka harus berlandaskan konsep keislaman. Dalam perjuangan murni mereka timbul persoalan apakah mereka mampu untuk memuaskan hati semua parti komponen dalam pakatan rakyat khususnya parti DAP? Lihat sahaja isu pelaksanaan hukum hudud. Diamana pendirian kerajaan PAS dalam konteks menegakkan agama islam? Sehingga ke hari ini isu tersebut seolah-olah tiada penyelesaian. Apakah anda sebagai pengundi muda yakin akan persefahaman yang cuba dicipta antara kerajaan PAS dan DAP?? Saya fikir tidak.
Kemudian kita beralih kepada parti DAP. Berkenaan dengan parti ini tidak perlu untuk diperincikan disini kerana lihat sahaja kaum melayu di Pulau Pinang hasil pemerintahan DAP diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng, selama pemerintahan mereka sehingga ke hari ini ekonomi orang melayu disana masih di takuk lama. Jika kita lihat dikawasan Bandar Georgetown majoriti yang menguasai kawasan tersebut ialah kaum cina dimana hampir 60% peniaga adalah kaum cina. Kediaman-kediaman mewah di Bandar Georgetown banyak didiami oleh kaum cina. Tinggallah kaum melayu baik dari golongan muda sehinggalah golongan tua mendiami sebahagian besar kawasan pulau. Seterusanya banyak kedai-kedai hasil usaha perniagaan orang melayu diroboh sebagai contoh isu perobohan gerai-gerai orang melayu dan bazaar ramadhan menjelang bulan ramadhan yang lepas, adakah ini kita panggil kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat? Anda nilai-nilaikan sendiri. Hal ini yang kita minta pengundi muda lihat dan sedar akan implikasi sekiranya anda tersilap langkah dalam menentukan kerajaan yang sebenar.
Bagi pihak kerajaan BN, setiap komponen parti tidak perlu untuk menunujukkan pihak mana yang lebih hebat untuk menjaga kepentingan rakyat ataupun memancing pengundi muda dengan janji-janji kosong. Apa yang kerajaan BN buat telah menunjukkan kebijaksanaan pemimpin dalam usaha meyakinkan pengundi muda untuk bersama-sama kerajaan. Apa pembuktian kepada cerita ini? Pertama kita lihat kebangkitan Gelombang Biru di seluruh Selangor ketika ini dengan wujud kesedaran baru dalam kalangan rakyat terutama golongan muda mengenai kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang. Isu-isu seperti pembangunan projek air Langat 2 dimana melibatkan bekalan air jangka panjang yang dilaksanakan tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri, sekatan perniagaan dimana semakin banyak karenah birokrasi dikenakan dan yang paling hangat diperkatakan anak muda Selangor berkait soal peluang pekerjaan. Kebangkitan gelombang biru juga sebelum ini dapat kita lihat di Pilihanraya-pilihanraya kecil seluruh negara contohnya kebangkitan pengundi muda dimana Lebih sepuluh ribu jentera Barisan Nasional yang rata-ratanya golongan muda bekerja keras memastikan kemenangan BN dengan majoriti besar 3685 undi. Kemudian kita lihat pula pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN menang besar dengan majoriti 2,724 undi juga peningkatan pengundi muda dan yang terakhir pengundi membuktikan kepercayaan mereka pada pilihanraya kecil DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi.
Analisis kebangkitan pengundi muda ini boleh dijadikan kayu ukur untuk PRU-13 akan datang insyaallah dengan usaha makmal pemuda BN dimana program-program pendaftaran pengundi baru yang rata-ratanya golongan muda akan membuktikan langkah bijak kerajaan dalam menarik minat mereka untuk bersama-sama dengan kerajaan.



Short URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=2388

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful