Tuesday, September 28, 2010

Program Permata Pintar

Program Permata Pintar
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan program Permata
Pintar yang dibangunkan untuk kanak-kanak cerdas di Malaysia. Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor, selaku Penaung program Permata Pintar ini.
Program Permata Pintar adalah Program Perkhemahan Cuti Sekolah Pelajar-Pelajar Pintar
Cerdas yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar berusia 9 ke 15 tahun yang mempunyai
kecerdasan dan daya intelektual yang tinggi. Program ini akan diadakan mulai Disember ini
dengan kerjasama Johns Hopkins University.
Program Permata Pintar direka bagi kanak-kanak pintar dan cerdas di negara ini yang
mempunyai keperluan khas dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani yang perlu dipupuk
secara menyeluruh untuk memastikan perkembangan mereka berlaku secara optimum.
Projek perintis ini menelan belanja RM950,000 dan melibatkan seramai 300 pelajar pintar
cerdas yang terpilih. Kumpulan pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan umur
iaitu 9 hingga 12 tahun dan 13 hingga 15 tahun.
Bagi memilih mereka yang layak menjalani program ini, tiga ujian saringan yang dikenali

Program Permata Pintar


sebagai Ujian Permata Pintar UKM1, UKM2 dan UKM3 sudah dibangunkan oleh Fakulti
Pendidikan. Bagi ujian saringan UKM1, kanak-kanak yang berminat boleh menjalani ujian
tersebut melalui laman web www.permatapintar.com.my dalam masa dua bulan mulai 2 Mac
2009 pelancaran program. Mereka yang terpilih itu kelak akan menjalani ujian UKM2 dan UKM3
di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.
Seramai 10 fasilitator yang bakal terlibat dalam program perkhemahan itu nanti turut dihantar
menjalani latihan di Johns Hopkins University, Amerika Syarikat.
Sepanjang dua minggu program perkhemahan, peserta akan disajikan dengan topik-topik
stimulatif yang akan membantu merangsang minda di bawah tiga mata pelajaran iaitu Sains,
Matematik dan Penulisan Kreatif. Selain itu, turut diadakan program riadah dan rekreasi bagi
meningkatkan kecerdasan serta kebolehan psikomotor di samping aktiviti-aktiviti kesenian dan
sukan.
Datin Paduka Seri Rosmah berharap program ini dapat diadakan pada setiap tahun.
Sebuah kertas kerja bagi menubuhkan Sekolah Permata Pintar UKM yang bernilai RM20juta
sedang disediakan dan akan dibentangkan kepada kerajaan secepat mungkin. Sebagai
permulaan projek itu akan menampung seramai 200 pelajar pintar cerdas Tingkatan 4 dan 5 di
mana pelajar-pelajar tersebut akan turut mengambil beberapa kursus universiti selain mata
pelajaran biasa.

Mula UJIAN PERMATApintar UKM 1
Maklumat Lanjut layari Laman Web PermataPintar www.permatapintar.com

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful