Tuesday, November 10, 2020

MASALAH GANGGUAN AIR DAN RAKYAT SELANGOR TIDAK DAPAT DIPISAHKAN




Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang yang akan bermula malam ini, bukanlah pertama kali berlaku di selangor, malah Warga penduduk Selangor sudah menjadi  muak dengan  insiden sebegini serta jawapan yang akan diberikan oleh Syarikat Air Selangor pastinya mengundang marah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarikat Air Selangor seharusnya mencari jalan penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah gangguan air di Negeri Selangor. Dengan adanya kepakaran serta keuapayaan agensi dengan teknologi semasa masalah ini dapat diselesaian jika perhatian yang sewajarnya diberikan kepada isu tersebut.

Undang-undang yang sedia ada perlu diperketatkan serta proceeding makamah perlu di percepatkan supaya keputusan kes itu dapat dijadikan sebagai petunjuk kepada isu pencemaran sungai.

Agensi yang bertanggungjawab untuk memantau pencemaran sungai perlu meningkatkan pengetahuan serta teknologi dan sains forensik alam sekitar dalam mencapai  sepakatan untuk menyelesaikan atau menghentikan daripada masalah ini berulang. Fakta yang menyedihkan Kepakaran dinegara kita lebih jauh ketinggalan  berbanding dengan perkembangan teknologi didalam bidang lain. Bidang forensik alam sekitar perlu diperkasakan semula dengan membekalkan kemudahan-kemudahan infrastruktur serta peralatan yang penuh bagi menjalankan siasatan bagi mengesan bahan cemar .

 

Tindakan Proaktif Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Selangor tidak memberikan penekanan serta focus dalam menyelesaikan masalah pencemarahan sungai serta isu air di Selangor. Adakah Kerajaan negeri tidak mencukupi tenaga kerja dalam menangani masalah tersebut sehingga masalah berulang berkali-kali dalam jangka masa yang pendek sehingga menyusahkan aktiviti harian penduduk Selangor.

Adakah sebagai cara penyelesaian kerajaan negeri  memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah serta  membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan. Jika inisiatif ini dipraktikkan malah isu ini sudah lama diselesaikan. Ini membuktikan kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada isu masyarakat.

Penyelesaian bukan sekadar memperuntukkan perbelanjaan setiap tahun malah memastikan telah mencapai penyelesaian yang sempurna. Jika sekadar hendak keluarkan duit rakyat untuk belanja tetapi masalah tetap ditinggalkan sebagai masalah ia menunjukkan kegagalan didalam pentadbiran.

Kerajaan negeri perlu tegas didalam mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah air diselangor . Dengan adanya  pindaan segera terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dengan menambah seksyen baharu untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak yang terjejas.

Pindahan ini  membolahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS)  mengambil tindakan undang-undang serta memastikan peruntukan tersebut  membuatkan pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan dari pihak yang terjejas

Isu  ini akan menjadi parah Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan perayaan Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat Hindu pada 14 Oktober ini.

Saya berharap agar Agensi serta  Kerajaan negeri dapat memberikan keutamaan kepada isu ini supaya rakyat Selangor dapat meneruskan kehidupan harian tanpa terjejas dimasa hadapan.

 

 

How to keep your employees respectful