Sunday, September 13, 2020

SERAMAI 99.9 % BELIA DI NEGARA INI BAKAL DIISYTIHARKAN MUFLIS?

 

Laporan Bank Dunia merekodkan bahawa anggaran 60% individu yang diisytiharkan muflis adalah tergolong dalam dalam kategori belia yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 22 tahun di  negara ini.

Merujuk kepada Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, individu yang diklasifikasikan muflis ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  menunjukkan penengahan gaji dan upah bulanan pekerja pada 2018 meningkat kepada RM2,308 berbanding RM2,160 pada 2017, iaitu naik RM148 atau 6 peratus.Ini bermaksud separuh rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 ke bawah dan jumlah ini lebih rendah daripada gaji kehidupan sebenar Kuala Lumpur yang berjumlah RM2,700 sebulan.

Kajian Research For Social Advancment (REFSA) mendapati 2.2 juta isi rumah di Malaysia berpendapatan RM1,000 ke bawah dan majoriti mereka berada di bandar. Namun tabiat berbelanja melebihi pendapatan menjadi isu merbahaya dikalangan golongan muda di Malaysia. daripada mereka yang berusia di bawah 45 tahun. 50 peratus daripada kumpulan ini ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih memeranjatkan apabila 15 peratus daripada mereka tiada tabungan atau simpanan; manakala 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan (Liaw J., 2014)

Menurut kepada laporan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, peratusan kes kebangkrapan atau muflis yang paling tinggi di kalangan belia adalah melibatkan pinjaman kenderaan iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit, 4.9 peratus.

Pengurusan kewangan yang lemah, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit dan kegagalan membayar pelbagai pinjaman menjadi punca ramai golongan belia diisytiharkan muflis sebelum berumur 35 tahun  (Ahmad Maslan,Mantan Menteri Kewangan Malaysia, 2015).

Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Darshan Singh Dhillion mendedahkan bahawa situasi muflis di kalangan belia meningkat daripada 4,100 pada 2012 kepada 5,420 pada 2014, iaitu kenaikan sebanyak 34 peratus dalam masa tiga tahun sahaja. Malah jelasnya, Jabatan Insolvensi menunjukkan kadar 85 peratus kebankrapan adalah ekoran kegagalan golongan belia menguruskan kewangan mereka.

Daripada rekod di atas ianya menunjukkan bahawa golongan belia pada masa kini terlibat dalam satu krisis yang amat besar iaitu pengurusan kewangan. Golongan belia tidak bijak dalam mengurus kewangan mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut dan sekiranya permasalahan ini berterusan maka ia akan memberi kesan kepada diri mereka, keluarga dan juga negara Malaysia.

 

 


Adakah Golongan Belia memahami “bankrap”

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia “Bankrap” didefinasikan sebagai satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap mereka yang berkenaan sekiranya keberhutangan lebih daripada RM 30, 000.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan muflis terjadi di kalangan belia muda. Merujuk kepada kajian yang dilaksanakan oleh Elangkovan dan Ahmed Razman (2013) dan Nazni Noordin bersama pengkaji- pengkaji lain (2012) hutang kad kredit yang tidak mampu dibayar. Peningkatan jumlah individu yang bankrup kerana hutang kad kredit kebanyakannya yang berusia bawah 30 tahun, menjadi sebab utama masalah hutang sehingga membawa kepada kebankrapan dan muflis.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dalam satu kajian mengenai tabiat kewangan golongan pekerja muda , seramai  37 peratus daripada kelompok itu mengakui berbelanja melebihi gaji bulanan. Apabila berlakunya perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuanmengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Abdul Basit Hodari, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd Salleh, pada tahun 2014, Kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan individu serta gaya hidup yang mewah menjadi faktor mereka berhutang semata- mata untuk kemewahan bukannya keperluan.

 

Apakah Punca Sebenar?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Tuan Zaidi Ismail (2015) seorang pakar pelaburan mentenaraikan sebanyak 4 faktor utama statistik ini meningkat antaranya membeli kereta tanpa deposit, membeli rumah di luar kemampuan dengan pinjaman maksima, memohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin dan menggunakan kad kredit dengan bayaran minima setiap bulan.

Menurut kajian oleh Jabatan Insolvensi Malaysia 2014, pinjaman perniagaan juga menyumbang kepada gejala muflis di kalangan belia. Menjalankan perniagaan adalah satu usaha yang baik namun disebabkan oleh kurangnya ilmu dan pengalaman maka kebanyakan perniagaan yang diusahakan oleh golongan belia gagal dan sekaligus menyebabkan pembayaran hutang tidak dapat dilunaskan. Hal ini telah menyumbang kepada gejala muflis dan ia amat membimbangkan

mengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

 

 

 

“Bankrap” Bukan penghujung jika pandai mengurus.

Antara Cadangan yang mampu meyelamatkan golongan belia daripada isu hutang dan juga bankrap. pertama, mesti meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/jabatan yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang.

Yang kedua,  mesti memantau aliran tunai dan membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak seimbang. Dan mesti berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih (net worth) seperti menambah         simpanan,                mengurangkan perbelanjaan, melangsaikan/mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjana keuntungan. Secara kesimpulanya golongan belia disarankan agar nisbah hutang tidak melebihi 40% pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan terperangkap dengan beban hutang.

Selain daripada itu kerajaan juga berperanan penting dalam menangani isu di atas. Antara cadangan terhadap kerajaan ialah:

Program-program motivasi dan kewangan seperti yang diadakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit harus diperhebatkan.  Proses pinjaman dan lain-lainnya seharusnya juga dinilai semula agar tidak timbul masalah dari segi penjamin, teraniaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan pendidikan pengguna/kewangan dalam kurikulum sekolah serta peringkat komuniti agar ilmu pengurusan kewangan dapat diterapkan dan Pihak kerajaan mewujudkan satu badan untuk mengumpulkan dana bagi mengawal harga rumah dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan belia.

 

Kesimpulan

Melihat daripada kos hidup yang kian meningkat dewasa ini, tidak meragukan apabila muflis atau bankrupt telah menjadi satu fenomena biasa. Seharusnya permasalahan ini di bendung dari awal supaya tidak menjejaskan golongan belia di masa hadapan. Perlu diingatkan bahawa golongan belia adalan tunjang dan asset penting dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian diharapkan dengan dapatan kajian ini, dapat membantu golongan belia untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan wang. Semua pihak juga berperanan dalam menangani masalah ini termasuk belia, kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan dan lain- lain.



Sivanesan Tamil Selvam

Ketua Penerangan

Majlis Belia Selangor Daerah Klang 

Thursday, September 10, 2020

RUKUN NEGARA, KARAKTRERISASI KEBANGSAAN & PENGKONGSIAN KEMAKMURAN BERSAMA


Generasi muda kini kurang mencerminkan identiti nationalism sebagai anak Malaysia baik didalam atau di luar Negara, itulah permasalahan yang kian lama menjadi rungutan.  Apabila persoalan ini timbul kita seharusnya meneliti sistem pendidikan  yang gagal menerapkan keperibadian yang mampu mempamerkan anak muda sebagai warganegara Malaysia.

Sehubung itu, satu kajian menyeluruh dibuat bagi mendapatkan titik persamaan yang mampu membina Negara majmuk yang sejahtera dengan mengongsikan kemakmuran bersama. Justeru itu Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai garispanduan sosiobudaya kehidupan Rakyat Malaysia yang banga dengan sejarah negera serta berkongsi keindahan Negara majmuk dan menghadamkan tradisi Malaysia sepenuhnya. Bahasa kebangsaan menjadi perantaraan untuk menuju ke pencapaian aspirasi Negara yang sejahtera seiring dengan menjaga kemuliaannya dalam pembentukan negara bangsa kita.





 

Karakterisasi Kebangsaan

Masih berada dilandasan yang betul untuk melahirkan semula Karakterisasi,Kebangsaan  dikalangan Rakyat Malaysia Khususnya golongan  belia. Rukun Negara menjadi kitab diwujudkan untuk memperlihat unsur perkongsian perasaan kenegaraan yang sama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Rukun Negara mempunyai tarikan luar biasa  dapat membentuk minat,sikap,keperluan,kecenderungan, pandangan dan keyakinan yang mampu membawa rakyat Malaysia dilandasan yang baik bagi mencapai aspirasi Negara yang sejahtera dengan menerapkan nilai-nilai ke arah wawasan kemakmuran bersama.

Lima prinsip Rukun Negara bukan sahaja dijadikan sebagai panduan asas malah ia boleh dijadikan sebagai bimbingan sahsiah serta kamus rujukan bagi menerapkan aspek kehidupan satu Malaysia. Rukun Negara untuk mencerminkan keperibadian  kita yang bukan sahaja berhemah dari segi susilanya, tetapi juga yang unik kerana berjaya mendukung asas kenegaraan yang dipercayai bersama oleh semua etnisiti di tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.(Wilayah Borneo)

Prinip Kepercayaan Kepada Tuhan, memberi ruang dan panduan mengikut kepercayaan agama masing –masing membolehkan meraka untuk meneliti perbezaan diantara kebaikan dan keburukan. Ia mampu memperatkan silaturahim serta solidarity social dikalangan masyarakat majmuk yang mengamalkan berlainan kepercayaan seiring dengan ajaran agama masing-masing.

Prinsip kedua, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, menjadi asas patriotism dengan mewujudkan pertalian cinta akan Negara dalam konsep tanah air. Ia mencerminkan masyarakat majmuk berkongsi destini yang bersama, tetapi juga kesediaan semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan untuk mempertahan negara ini. Dengan menjunjung konsep “Tanah Tumpahnya Darahku”



Keluhuran Perlembagaan menjunjung kemuliaan kanun tertinggi negara, yang berjaya menghalusi perjanjian antara kaum(Kontrak Sosial) ketika menandatangani deklerasi merdeka dengan menerima keistimewaan bersama dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Nilai Kedaulatan Undang-Undang  pula menjadi titik pengukuran bagi menentukan  tidak ada siapa yang mendahului undang-undang. Nilai ini juga memastikan perlaksanaan perundangan serta pengubalan undang-undang tanpa mengira kedudukan,Dengan ini, rakyat dikehendaki mematuhi dan menghormati undang-undang negara pada setiap masa.

Prinsip kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, melakar nilai saling menghormati dikalangan masyarakat majmuk Malaysia Serta menekankan keperluan rakyat memiliki kelakuan yang baik. Sudah tentu, ini akan mempererat perpaduan di samping memperlihat pengamalan tradisi dan nilai kita bersama sebagai budaya kebangsaan.Nilai ini juga menjadi titik persamaan bagi melahirkan sebuah Negara yang sejahtera dengan mendukung agenda perpaduan Negara.


Dengan adanya pemahaman serta penerimaan terhadap kelima-lima Prinsip Rukun Negara pasti nilai positif mengenai Karakterisasi,Kebangsaan akan menjadi asas perpaduan kearah pembangunan negara yang makmur terbentuk dalam kalangan semua rakyat. Kehidupan etnik berlainan dalam tiga wilayah yang diikat sebagai satu yang dipunyai bersama, bersandar kepada pemahaman bersama tentang sejarah dan tradisi negara serta pembabitan bersekali dalam semua sistem kepimpinan  negara.

Justeru itu, kita dapat merumuskan bahawa Rukun Negara manfaat dalam pemberntukan Karakterisasi,Kebangsaan. Sistem pendidikan perlu dijadikan sebagai medium untuk mendakwah serta menerapkan Prinsip Rukun Negara di kalangan Rakyat Malaysia Khususnya golongan belia untuk diamalkan dalam kehidupan harian mereka.

 

Wednesday, September 2, 2020

GOLONGAN BELIA| “ YOUTHS ARE NOT USELESS; THEY USED LESS”

GOLONGAN BELIA| “ YOUTHS ARE NOT USELESS; THEY USED LESS”

Golongan belia lebih proaktif dalam pembangunan kendiri supaya pendirianya dapat didengari oleh pihak yang berkuasa. Ramai yang ingat Golongan belia di Negara ini adalah mentah dan tidak ada “Self Belonging “ terhadap sesuatu perkara.

Sejarah membuktikan bahawa  Kuasa dan suara belia amat besar pengaruhnya sebagai contohnya dalam proses menuntut kemerdekaan, generasi muda terdahulu berjaya membangkitkan semangat nasionalisma dan juga patriotisma melawan penjajahan British.

Ideologi dan juga perndapat generasi muda yang mewaliki golongan ilmuan mampu mendekati hati dan didengari oleh rakyat. Ini menjadi sumber bukti untuk memperkukuhkan hipotesis dimana genarasi muda mampu menjadi pencetus “Initiator” ideologi-ideologi yang dapat melahirkan semangat baru. Walaupun abad berlalu namun peranan dan juga tanggungjawab golongan belia masih kekal nyata sehingga kini.

 

ADAKAH GOLONGAN BELIA TIDAK MENGHAYATI NILAI KEMERDEKAAN

Ramai yang kurang faham serta salah tafsir , Bezanya belia terdahuli dan kini. Dulu perjuangan golongan belia adalah untuk menuntut kemerdekaan, kini pula mereka bertanggungjawab dalan kekalkan kemerdekaan serta mengisi erti sebenar kemerdekaan. Penghayatan Kemerdekaan tanpa mengubah maksud asal kemerdekaan juga adalah kewajiban Golongan muda masa kini.

Walaupun terdapat pelbagai cara dalam meluahkan makna kemerdekaan, namun usaha pembentukan satu negara yang maju dan terbilang masih menjadi matlamat yang satu sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030

Konsep Demokrasi menjadi asas dengan menerima suara rakyat salam menentukan tampuk pemerintahaan negara. Menurut INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) pada suku tahun kedua- 2018  seramai 15 Juta orang muda populasi belia negara. Potensi  mereka adalah amat besar untuk menerajui negara

Malangnya “Political Fraction” percambahan  dari segi ideology Politik menjadi medan penghalang   untuk mendapat input bagi pembangunan Negara . Idea-idea berterusan daripada golongan belia adalah penting bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

 

KEBERKESANAN & KEBOLEHAN PERLAKSANAAN (Feasibility)

Seperti yang semua sedia maklum , Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dijadikan sebagai  medan perbahasan serta platform yang membolehkan belia menyuarakan hak, pendapat, idea, pengetahuan dan tindakan.

Sewaktu penubuhan,  Tun Abdul Razak Husein menyatakan bahawa MPBN merupakan sebuah ‘Parlimen Belia’. Belia bersidang untuk menentukan dan membincangkan haknya sendiri. Ini membuktikan terdapat saluran yang boleh digunakan oleh belia untuk meluahkan pendapat mereka. Setelah masa beredar pada tahun 2015 Kementerian Belia Dan Sukan   mewujudkan program Parlimen Belia Malaysia bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang berkualiti.

Pembangunan teknologi  membolehkan medan maya diwujudkan bagi membincangkan atau berbahas mengenai isu-isu yang mampu dapat input yang lebih baik daripada golongan belia, antara contohnya adalah Program Parlimen Belia Malaysia yang dianjurkan oleh Undi18  adalah cetusan baru yang berupaya membantu golongan belia menyuarakan hak mereka. Perbincangan dan diskusi yang dilahirkan dapat digunakan sebagai sandaran dan iktibar oleh pelbagai pihak.

Hakikatnya golongan belia tidak memerlukan pengiktirafan yang tinggi. Walau bagaimanapun mereka mahukan suaranya didengari. Semoga percambahan minda yang bernas yang datang daripada generasi muda berupaya membantu meningkatkan kemajuan negara.





How to keep your employees respectful