KALINGGA WARRIOR Sempat mendapatkan beberapa komen serta kritikkan daripada Masyarakat
malaysia mengenai pemilihan Calon untuk PRU-13 masih
berpegang kepada janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk
PRU13 adalah calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat
setempat,yang boleh menang dan sama
sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia menggugurkan
calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun calon-calon itu adalah
rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya yang sedang berlegar
di sekelilingnya hari ini.
Beliau juga memberikan kata dua kepada mana-mana
pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak,sombong dan angkuh
tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan calon-calon untuk
pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan kawan-kawan demi
menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.
Kalau sebelum ini kabinetnya dilihat banyak memberikan
ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya termasuklah perlantikan untuk
jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan Menteri,PM Najib kali ini harus
lebih berhati-hati dan memegang kejap janji-janjinya untuk memilih calon-calon
yang benar menepati kehendak serta aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.
Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai
yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling
layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke
Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi
supaya menamakan mereka sebagai calon.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Dalam masa yang sama,ada juga dari kalangan
pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan diri
sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada
mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama
mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang
benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!
Tidak kurang juga pegawai-pegawai PM sendiri berusaha
dengan segala kekuatan yang ada termasuk wang ringgit walaupun mereka tidak
disukai oleh pengundi setempat
menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang mengarahkan
agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang boleh menang.
Segala `cable’ yang ada mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi
ataupun PM Najib sendiri kerana mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah
calon yang paling layak dan tidak cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah
dalam PRU12 lalu pun berusaha untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka
kalah dulu bukan rakyat tidak suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami
politik.
Mungkin inilah kebimbangan sebenar PM Najib.beliau
barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana sebagai Perdana Menteri
beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan rakyat tetapi yang paling
membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang beriya-iya untuk menjadi
calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal menimpa PM Najib sekiranya
pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar untuk menjadi calon
pilihanraya.
Rakyat serta ahli parti bimbang PM Najib akan terlepas
pandang dengan memilih `cable’ daripada `winnable’ hasil daripada konspirasi
orang-orang tertentu yang sememangnya mahu melihat Najib gagal
sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang Pak Lah catat masa
PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority di Parlimen.
PM Najib juga jangan sesekali terpedaya dengan helah
kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat pandangan ataupun nama-nama yang
dicadangkan oleh agensi-agensi dan
nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin bagi mengelakkan BN terkubur sebelum
waktunya.
Ada juga yang bertanya,apakah kali ini calon-calon
atau MP yang sedang menang tetapi terlibat dalam masalah moral,rasuah dan
penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi calon PRU13 nanti?Meraka ini
bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang terpaksa PM Najib pikul
diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk gelanggang taupun baru
memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh menyakinkan pengundi?
Semua pemimpin termasuk PM Najib sendiri menganggap
PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan UMNO.PRU13 adalah hidup
mati BN dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita setuju dengan pandangan PM
Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon kitar semula dan tidak
memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan dipilih untuk membawa
panji-panji Barisan Nasional.
Ada rakan-rakan PM Najib yang sedang menggilai
jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun menang kalah belum tentu
lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan kalah jika bertanding
tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan pilihanraya.
Kita sedang tunggu..adakah PM Najib pilih` winnable’ ataupun
`cable’. Najib perlu
dingatkan walaupun beribu kali bahawa BN adalah milik ahli dan rakyat,Jangan
hanya kerana PM Najib Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal
memberikan kita calon yang boleh menang.
Sumber: sanggahtokjanggutblogspot
Sumber: sanggahtokjanggutblogspot