Dakwaan perhimpunan dianjurkan pertubuhan yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik, siang semalam dilihat lebih banyak didominasi parti pembangkang yang berselindung di sebalik perhimpunan yang kononnya menuntut proses pilihan raya yang #bersih.
Natijahnya - perintah mahkamah diingkar, kereta peronda polis diterbalikkan, senjata api anggota polis dirampas, benteng sekatan polis dirempuh selain anggotanya dicederakan.
Semua itu berlaku dalam tempoh lebih lima jam perhimpunan berlangsung bermula dari situasi tenang dan aman.
Ini gambaran yang dirakamkan kira-kira jam sembilan pagi di Dataran Merdeka.
Yang kelihatan hanya kumpulan polis berkawal dan melakukan rondaan.
Kumpulan kecil peserta demonstrasi diilihat berkumpul dan berkeliaran di beberapa lokasi sekitar ibu negara.
Namun semakin ramai peserta, keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Dalam keghairahan peserta demonstrasi, undang-undang sudah tidak dipeduli.
Benteng sekatan yang dilakukan polis berdekatan KLCC, dirempuh sekumpulan lelaki berbaju merah untuk menuju ke Dataran Merdeka.
Di Jalan Raja Laut berhampiran Menara DBKL, peserta demonstrasi juga bertindak ganas merempuh halangan polis yang dipasang di hadapan bangunan lama Mahkamah Majistret KL.
Yang jelas, peserta perhimpunan sudah melanggar perintah mahkamah yang melarang mereka dari berkumpul atau mengadakan aktiviti di kawasan larangan itu.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datin Seri Wan Azizah tiba kira-kira jam 12.50 tengah hari bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang. Juga kelihatan Lim Kit Siang dan Mat Sabu . Beliau dan pemimpin kanan pakatan pembangkang kemudiannya berucap di hadapan peserta demonstrasi.
KALINGGA WARRIOR kecil hati dengan perbuatan segelintir PENGGANAS dibelakang topeng muka #Bersih yang cuba menghuru-hara suasana aman dinegara Ini.
p/s:-JANGAN JADIKAN NEGARA INI SEPERTI NEGARA NEGARA LAIN YANG HILANG KEAMAN DISEBABKAN OLEH SEGELINTIR ORANG YANG MENYAHUT UNTUNGAN PERSENDIRIAN.......................
KALINGGA WARRIOR AMAT KECEWA ATAS PERBUATAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG DAHULUNYA DEKENALIDENGAN MASYARAKAT YANG SOPAN DAN BERBUDI BAHASA.....