Sunday, September 13, 2020

SERAMAI 99.9 % BELIA DI NEGARA INI BAKAL DIISYTIHARKAN MUFLIS?

 

Laporan Bank Dunia merekodkan bahawa anggaran 60% individu yang diisytiharkan muflis adalah tergolong dalam dalam kategori belia yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 22 tahun di  negara ini.

Merujuk kepada Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, individu yang diklasifikasikan muflis ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  menunjukkan penengahan gaji dan upah bulanan pekerja pada 2018 meningkat kepada RM2,308 berbanding RM2,160 pada 2017, iaitu naik RM148 atau 6 peratus.Ini bermaksud separuh rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 ke bawah dan jumlah ini lebih rendah daripada gaji kehidupan sebenar Kuala Lumpur yang berjumlah RM2,700 sebulan.

Kajian Research For Social Advancment (REFSA) mendapati 2.2 juta isi rumah di Malaysia berpendapatan RM1,000 ke bawah dan majoriti mereka berada di bandar. Namun tabiat berbelanja melebihi pendapatan menjadi isu merbahaya dikalangan golongan muda di Malaysia. daripada mereka yang berusia di bawah 45 tahun. 50 peratus daripada kumpulan ini ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih memeranjatkan apabila 15 peratus daripada mereka tiada tabungan atau simpanan; manakala 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan (Liaw J., 2014)

Menurut kepada laporan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, peratusan kes kebangkrapan atau muflis yang paling tinggi di kalangan belia adalah melibatkan pinjaman kenderaan iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit, 4.9 peratus.

Pengurusan kewangan yang lemah, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit dan kegagalan membayar pelbagai pinjaman menjadi punca ramai golongan belia diisytiharkan muflis sebelum berumur 35 tahun  (Ahmad Maslan,Mantan Menteri Kewangan Malaysia, 2015).

Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Darshan Singh Dhillion mendedahkan bahawa situasi muflis di kalangan belia meningkat daripada 4,100 pada 2012 kepada 5,420 pada 2014, iaitu kenaikan sebanyak 34 peratus dalam masa tiga tahun sahaja. Malah jelasnya, Jabatan Insolvensi menunjukkan kadar 85 peratus kebankrapan adalah ekoran kegagalan golongan belia menguruskan kewangan mereka.

Daripada rekod di atas ianya menunjukkan bahawa golongan belia pada masa kini terlibat dalam satu krisis yang amat besar iaitu pengurusan kewangan. Golongan belia tidak bijak dalam mengurus kewangan mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut dan sekiranya permasalahan ini berterusan maka ia akan memberi kesan kepada diri mereka, keluarga dan juga negara Malaysia.

 

 


Adakah Golongan Belia memahami “bankrap”

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia “Bankrap” didefinasikan sebagai satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap mereka yang berkenaan sekiranya keberhutangan lebih daripada RM 30, 000.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan muflis terjadi di kalangan belia muda. Merujuk kepada kajian yang dilaksanakan oleh Elangkovan dan Ahmed Razman (2013) dan Nazni Noordin bersama pengkaji- pengkaji lain (2012) hutang kad kredit yang tidak mampu dibayar. Peningkatan jumlah individu yang bankrup kerana hutang kad kredit kebanyakannya yang berusia bawah 30 tahun, menjadi sebab utama masalah hutang sehingga membawa kepada kebankrapan dan muflis.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dalam satu kajian mengenai tabiat kewangan golongan pekerja muda , seramai  37 peratus daripada kelompok itu mengakui berbelanja melebihi gaji bulanan. Apabila berlakunya perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuanmengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Abdul Basit Hodari, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd Salleh, pada tahun 2014, Kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan individu serta gaya hidup yang mewah menjadi faktor mereka berhutang semata- mata untuk kemewahan bukannya keperluan.

 

Apakah Punca Sebenar?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Tuan Zaidi Ismail (2015) seorang pakar pelaburan mentenaraikan sebanyak 4 faktor utama statistik ini meningkat antaranya membeli kereta tanpa deposit, membeli rumah di luar kemampuan dengan pinjaman maksima, memohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin dan menggunakan kad kredit dengan bayaran minima setiap bulan.

Menurut kajian oleh Jabatan Insolvensi Malaysia 2014, pinjaman perniagaan juga menyumbang kepada gejala muflis di kalangan belia. Menjalankan perniagaan adalah satu usaha yang baik namun disebabkan oleh kurangnya ilmu dan pengalaman maka kebanyakan perniagaan yang diusahakan oleh golongan belia gagal dan sekaligus menyebabkan pembayaran hutang tidak dapat dilunaskan. Hal ini telah menyumbang kepada gejala muflis dan ia amat membimbangkan

mengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

 

 

 

“Bankrap” Bukan penghujung jika pandai mengurus.

Antara Cadangan yang mampu meyelamatkan golongan belia daripada isu hutang dan juga bankrap. pertama, mesti meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/jabatan yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang.

Yang kedua,  mesti memantau aliran tunai dan membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak seimbang. Dan mesti berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih (net worth) seperti menambah         simpanan,                mengurangkan perbelanjaan, melangsaikan/mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjana keuntungan. Secara kesimpulanya golongan belia disarankan agar nisbah hutang tidak melebihi 40% pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan terperangkap dengan beban hutang.

Selain daripada itu kerajaan juga berperanan penting dalam menangani isu di atas. Antara cadangan terhadap kerajaan ialah:

Program-program motivasi dan kewangan seperti yang diadakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit harus diperhebatkan.  Proses pinjaman dan lain-lainnya seharusnya juga dinilai semula agar tidak timbul masalah dari segi penjamin, teraniaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan pendidikan pengguna/kewangan dalam kurikulum sekolah serta peringkat komuniti agar ilmu pengurusan kewangan dapat diterapkan dan Pihak kerajaan mewujudkan satu badan untuk mengumpulkan dana bagi mengawal harga rumah dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan belia.

 

Kesimpulan

Melihat daripada kos hidup yang kian meningkat dewasa ini, tidak meragukan apabila muflis atau bankrupt telah menjadi satu fenomena biasa. Seharusnya permasalahan ini di bendung dari awal supaya tidak menjejaskan golongan belia di masa hadapan. Perlu diingatkan bahawa golongan belia adalan tunjang dan asset penting dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian diharapkan dengan dapatan kajian ini, dapat membantu golongan belia untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan wang. Semua pihak juga berperanan dalam menangani masalah ini termasuk belia, kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan dan lain- lain.



Sivanesan Tamil Selvam

Ketua Penerangan

Majlis Belia Selangor Daerah Klang 

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful