Generasi muda kini kurang mencerminkan
identiti nationalism sebagai anak Malaysia baik didalam atau di luar Negara,
itulah permasalahan yang kian lama menjadi rungutan. Apabila persoalan ini timbul kita seharusnya
meneliti sistem pendidikan yang gagal
menerapkan keperibadian yang mampu mempamerkan anak muda sebagai warganegara
Malaysia.
Sehubung itu, satu kajian
menyeluruh dibuat bagi mendapatkan titik persamaan yang mampu membina Negara
majmuk yang sejahtera dengan mengongsikan kemakmuran bersama. Justeru itu Rukun
Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai garispanduan sosiobudaya
kehidupan Rakyat Malaysia yang banga dengan sejarah negera serta berkongsi
keindahan Negara majmuk dan menghadamkan tradisi Malaysia sepenuhnya. Bahasa
kebangsaan menjadi perantaraan untuk menuju ke pencapaian aspirasi Negara yang
sejahtera seiring dengan menjaga kemuliaannya dalam pembentukan negara bangsa
kita.
Karakterisasi Kebangsaan
Masih berada dilandasan yang
betul untuk melahirkan semula Karakterisasi,Kebangsaan dikalangan Rakyat Malaysia Khususnya
golongan belia. Rukun Negara menjadi
kitab diwujudkan untuk memperlihat unsur perkongsian perasaan kenegaraan yang
sama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sebenarnya, Rukun Negara
mempunyai tarikan luar biasa dapat
membentuk minat,sikap,keperluan,kecenderungan, pandangan dan keyakinan yang
mampu membawa rakyat Malaysia dilandasan yang baik bagi mencapai aspirasi
Negara yang sejahtera dengan menerapkan nilai-nilai ke arah wawasan kemakmuran
bersama.
Lima prinsip Rukun Negara bukan
sahaja dijadikan sebagai panduan asas malah ia boleh dijadikan sebagai
bimbingan sahsiah serta kamus rujukan bagi menerapkan aspek kehidupan satu
Malaysia. Rukun Negara untuk mencerminkan keperibadian kita yang bukan sahaja berhemah dari segi
susilanya, tetapi juga yang unik kerana berjaya mendukung asas kenegaraan yang
dipercayai bersama oleh semua etnisiti di tiga wilayah, iaitu Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.(Wilayah Borneo)
Prinip Kepercayaan Kepada Tuhan,
memberi ruang dan panduan mengikut kepercayaan agama masing –masing membolehkan
meraka untuk meneliti perbezaan diantara kebaikan dan keburukan. Ia mampu
memperatkan silaturahim serta solidarity social dikalangan masyarakat majmuk
yang mengamalkan berlainan kepercayaan seiring dengan ajaran agama
masing-masing.
Prinsip kedua, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, menjadi asas patriotism dengan mewujudkan pertalian cinta akan Negara dalam konsep tanah air. Ia mencerminkan masyarakat majmuk berkongsi destini yang bersama, tetapi juga kesediaan semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan untuk mempertahan negara ini. Dengan menjunjung konsep “Tanah Tumpahnya Darahku”
Keluhuran Perlembagaan menjunjung
kemuliaan kanun tertinggi negara, yang berjaya menghalusi perjanjian antara
kaum(Kontrak Sosial) ketika menandatangani deklerasi merdeka dengan menerima
keistimewaan bersama dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
Nilai Kedaulatan
Undang-Undang pula menjadi titik
pengukuran bagi menentukan tidak ada
siapa yang mendahului undang-undang. Nilai ini juga memastikan perlaksanaan
perundangan serta pengubalan undang-undang tanpa mengira kedudukan,Dengan ini,
rakyat dikehendaki mematuhi dan menghormati undang-undang negara pada setiap
masa.
Prinsip kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, melakar nilai saling menghormati dikalangan masyarakat majmuk Malaysia Serta menekankan keperluan rakyat memiliki kelakuan yang baik. Sudah tentu, ini akan mempererat perpaduan di samping memperlihat pengamalan tradisi dan nilai kita bersama sebagai budaya kebangsaan.Nilai ini juga menjadi titik persamaan bagi melahirkan sebuah Negara yang sejahtera dengan mendukung agenda perpaduan Negara.
Dengan adanya pemahaman serta
penerimaan terhadap kelima-lima Prinsip Rukun Negara pasti nilai positif
mengenai Karakterisasi,Kebangsaan akan menjadi asas perpaduan kearah
pembangunan negara yang makmur terbentuk dalam kalangan semua rakyat. Kehidupan
etnik berlainan dalam tiga wilayah yang diikat sebagai satu yang dipunyai
bersama, bersandar kepada pemahaman bersama tentang sejarah dan tradisi negara
serta pembabitan bersekali dalam semua sistem kepimpinan negara.
Justeru itu, kita dapat
merumuskan bahawa Rukun Negara manfaat dalam pemberntukan
Karakterisasi,Kebangsaan. Sistem pendidikan perlu dijadikan sebagai medium
untuk mendakwah serta menerapkan Prinsip Rukun Negara di kalangan Rakyat
Malaysia Khususnya golongan belia untuk diamalkan dalam kehidupan harian
mereka.
No comments:
Post a Comment