Menurut Rukun Negara – Rukun Pertama
merupakan Kepercayaan Kepada Tuhan. Dalam
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, rakyat Malaysia diberi jaminan kebebasan
berugama. Ugama lain dari Islam boleh diamalkan dengan syarat ianya diamalkan
“dengan aman dan damai”. Kata Shanker Raj ketika mengulas mengenai tindakan
liar Majlis Perbandaran Kajang yang
mengeluarkan Notis dan saman kerana
membunyikan Loceng di kuil Sri Maha Mariamman di ladang Broom, Bangi Lama.
Pergerakkan Pemuda MIC Mengecam Keras tindakan Majlis Perbandaran
kajang yang bertindak liar serta melanggar Perlembagaan Persekutuan, Kata
Shanker selepas berjumpa dengan
Jawatankuasa Kuil Sri Maha mariamman Di Ladang Broom bersama dengan Ketua
Pemuda MIC Kebangsaan T.Mohan dan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat Kalaiarasu.
Kuil tersebut terletak jauh dari kawasan perumahan, tidak rasional
jika Majlis Perbandaran Kajang mengeleuakan notis yang menyatakan Mengangu ketenteraman awam.
Shanker juga menjelaskan Kuil Ini terletak di tempat yang sama sejak lama lagi.
Beliau juga menyoal apakah kehendak Majlis perbandaran Kajang untuk saman serta melarang membunyikan Loceng dan membuat
aktiviti keagamaan.
Shanker menyoal apakah pendirian Menteri Besar Selangor dan
Exco negeri Selangor Dr.Xavier Jayakumar. Apakah Kerajaan Negeri Selangor tidak
menhormati Perlembagaan Persekutuan ? Apakah kebebasan beragama Orang india di
Negeri Selangor diabaikan.
·
menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri;
·
menubuhkan dan menyenggarakan
institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
· memperoleh dan mempunyai harta dan
memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Shanker juga meminta larangan membunyikan loceng serta notis
perlu ditark balik serta merta kerana ini merupakan isu kritikal serta
kontroversi serta meminta maaf secara terbuka tas tindakan liar oleh Majlis
Perbandaran Kajang. –
SHANKER RAJ AYANGER
KETUA
PERGERAKKAN PEMUDA MIC SELANGOR
No comments:
Post a Comment