Sunday, March 11, 2012

PRU 13- Pendirian Kaum India 2012


Walaupun pengundi India hanya mewakili 1.9 juta atau 7.3 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, tetapi kehadiran mereka begitu bermakna bagi 63 daripada 67 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.


Para penganalisis politik berpendapat sokongan pengundi India akan memberi kesan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, sama seperti pada PRU 2008.

Walaupun pengundi India hanya mewakili 1.9 juta atau 7.3 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia, tetapi kehadiran mereka begitu bermakna bagi 63 daripada 67 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

PRU 2008 menyaksikan perubahan arus yang amat ketara apabila hampir 85  peratus pengundi India menyokong Pakatan Rakyat (PR), pakatan pembangkang yang dianggotai PKR-DAP-PAS.
PR mendapat manfaat besar daripada peralihan sokongan pengundi India apabila hanya 8.3 peratus daripada 72.4 peratus pengundi kaum itu yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU 2004, menyebelahi PR pada PRU 2008 kerana terpengaruh dengan isu yang dimainkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).

Bagaimanapun, satu arah aliran baru dikesan muncul ketika ini iaitu sokongan kaum India terhadap BN semakin meningkat, hasil daripada beberapa tindakan proaktif yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara penting yang membabitkan kaum India seperti sekolah Tamil, kuil Hindu dan pendidikan.

Sumber:  FMT

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful