Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan Azmin Ali ketika di Munich 2004
Dari egroup AIDC
Anwar tiba di Munich pada 5 September 2004. Pada keesokan
harinya, beliau menjalani pembedahan sakit tulang belakang. Menurut
Azmin, tepat jam 3.00 petang, 6 September, Hoogland memulakan
pembedahan ’spine’ (tulang belakang) dengan menggunakan teknik ‘minimal
invasive procedure’ dan kaedah bius setempat (local anaesthesia) yang
merupakan kepakaran khusus di Alpha Klinik. Pembedahan yang rumit ini
memakan masa selama 1 jam 45 minit dan ia dibantu oleh Dr Halili Rahmat,
pakar neuro surgeon dari Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Klik
di sini
Selepas 8 hari menjalani pembedahan, Anwar dikunjungi oleh
Evan Williams dari
Foreign Correspondent pada 14 September 2004. 12 hari kemudian (25 September 2004), wartawan dari
CNN, Lorraine Hahn pula datang mengunjungi dan mewawancara Anwar.
Dua wartawan tersebut dianggap sebagai
‘perisik’ awal untuk mengetahui fikiran Anwar selepas Anwar dibebaskan
dari penjara Sungai Buloh.
Apakah pandangan Anwar terhadap dunia barat khususnya Amerika
Syarikat? Apakah perancangan Anwar selepas ini, adakah mahu kembali
aktif berpolitik di Malaysia atau berhijrah ke luar negara ?
Apakah permasalahan imej yang sedang dihadapi oleh Anwar terutamanya
berkaitan dengan tuduhan homoseksual ? Semua persoalan ini ditanya
khusus oleh kedua-dua perisik barat tersebut.
Paul Wolfowitz dan Anwar di Munich
Selepas Paul Wolfowitz mendengar semua
‘world view’ pemikiran
Anwar itu, barulah Paul Wolfowitz , ketika itu Timbalan Setiausaha
Pertahanan Amerika Syarikat menawarkan solusi kepada Anwar, ketika
beliau berkunjung ke Munich pada 5 Oktober 2004. Klik
di sini
Evan Williams – Foreign Correspondent
Dalam wawancara itu, Anwar berterus terang, tentang misinya, bukan
lagi untuk menyertai parti politik sama ada UMNO, PAS atau PKR (sebab
itu sampai sekarang, Anwar tidak bersedia menjadi Presiden PKR),
tetapi misinya yang lebih utama untuk menjadi ‘perunding antara
Islam-Barat’ khususnya di Amerika Syarikat. [klik
di sini]. Lihat video klik
di sini.
Anwar ditemuramah oleh Evan Williams
Anwar turut membersihkan dirinya daripada dilabel anti-US kerana
latar belakangnya yang berasaskan gerakan Islam adalah tidak
benar. Menurutnya, beliau menyertai gerakan Islam bukannya
berasaskan kepercayaan, tetapi sebagai satu strategi untuk melemahkan
dari dalam. Kata Anwar, Macam mana awak mahu menyelesaikan masalah
ektrimis dan fanatisme, jika diri anda sendiri tidak terlibat sendiri
dalam gerakan Islam yang berwibawa. Menurutnya lagi, beliau lebih
berminat untuk memperjuangkan falsafah liberal di seluruh dunia dan
Malaysia khasnya.
Temubual Anwar bersama Foreign Correspondent di Munich 2004,
sebagai ’merisik’ pemikiran dan hala tuju Anwar selepas dibebaskan
dari penjara. Kandungan wawancara itu disebarluaskan melalui ABC
Australia yang sememangnya dikenali sebagai ‘pengkalan Amerika Syarikat’
di Asia Pasifik. Anwar mengambil kesempatan itu untuk memberitahu
rangkaian CIA di luar negara, bahawa hasratnya adalah berhijrah ke luar
negara dan membantu memperkukuhkan misi Amerika Syarikat.
Tujuan Anwar berkata begitu kepada
Foreign Correspondent kerana Anwar tahu siapa di belakang badan itu. Foreign Correspondent yang bermotokan
‘Your passport to the world of international journalism’ Kebanyakan wartawannya
telah ditaja dan diindoktrinasi oleh CIA. Malahan Evan Williams telah
mengikuti kes Anwar sejak dari tahun 2000. Maknanya wartawan Foreign
Correspondent ini memang ditugaskan untuk mengikuti perkembangan Anwar
sejak tokoh itu di penjarakan lagi. Klik
di sini
Evan Williams ketika itu wartawan kanan di
Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Sebelum itu beliau merupakan ABC’s South East Asia Correspondent, yang
berpengkalan di Bangkok. Selain Anwar, Evan Williams juga menumpukan
kepada tokoh dan isu yang berkepentingan kepada polisi Amerika Syarikat
terutamanya isu
Aung San Suu Kyi di Burma dan isu Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Sekarang beliau bertugas di SBS, Dateline, berpengkalan di London. Klik
di sini
Imej Foreign Correspondent dengan CIA amat ketara. Sebab itu
Susan Loone, bekas wartawan
Malaysiakini yang
kini menjadi ‘wartawan bebas’ yang mempunyai kaitan dengan
Foreign Correspondent dan beroperasi di Bangkok menafi dirinya sebagai
operatif CIA.
“My name is SUSAN LOONE. I am a freelance writer, and an NGO worker/ human rights activist, living in Bangkok. I am NOT a CIA operative nor do I get paid to write in this blog, especially on the Altantuya story” (klik di sini)
Penafian Susan Loone secara jelas ditulis di blognya kerana
lazimnya wartawan/blogger bebas yang berkaitan dengan Foreign
Correspondent kebiasaannya berkait rapat dengan agenda CIA dan
kebiasaannya aktivis yang ditaja CIA itu turut menjalan dua operasi
serentak, sebagai wartawan (untuk mendapatkan maklumat) dan menggerakkan
NGO (untuk counter attack issue) terutamanya NGO yang berkaitan dengan
hak asasi manusia.
Bagaimana kaitan Susan Loone dengan Foreign Correspondent ? Pertama
base Foreign Correspondent adalah Bangkok. Susan Loone juga menetap di
Bangkok. Evan Williams dari Foreign Correspondent, ABC, Australia juga
mengakui base mereka adalah Bangkok.
Sebab itu apabila
Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) mengadakan
mesyuarat di Bangkok pada 6 Februari 2006, Susan Loone juga turut
hadir. Bukan setakat itu beberapa aktivis hak asasi Malaysia juga hadir
walaupun program itu lebih fokus kepada kewartawanan. Antaranya Lee Siew
Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cythia Gabriel
(SUARAM/Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia). Semuanya berasal
dari Malaysia tetapi beroperasi untuk seluruh Asia dengan pengkalan di
Bangkok.
Bermakna terdapat perkaitan rapat antara Foreign Correspondent dengan NGO
SUARAM, Committee for Asian Women (CAW), Forum-Asia dan
Caram-Asia. Semua
NGO berbentuk hak asasi manusia ini ditaja oleh United Nation dan NED
(National Endowment for Democracy). Di belakang NED adalah CIA.
Di dalam program Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) itu,
Anwar Ibrahim pula dijemput sebagai salah seorang penceramah. Kenapa
hanya dijemput Anwar ? Kenapa bukan Dr Mahathir ?
Apa perkaitan Anwar dengan Foreign Correspondent dan NGO-NGO Hak Asasi yang di belakangnya adalah CIA ? Klik
di sini
Lebih menarik lagi dalam sesi soal jawab bersama wartawan FCCT
persoalan Anwar dan homoseksual juga turut menjadi perhatian. Susan
Loone melaporkan seperti berikut :
Wartawan :
What kind of Muslim are you? Do you consider yourself, a liberal or progressive Muslim and if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality? Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?
[Apakah pegangan Islam yang anuti ? Adakah anda Islam Liberal
atau Islam Progresif dan jika menjadi PM, apakah yang anda fikir
terhadap isu homoseksualiti? Adakah anda akan menghalalkan homosesksual
di Malaysia ?]
Menurut Susan, Anwar begitu berhati-hati apabila ditanya berkenaan homoseksual. Ini jawab Anwar :
“If I were to show a bit of tolerance, you will say… there…got you”.
[Jika saya menunjukkan sedikit toleransi, anda akan kata..di situ.. awak sudah terperangkap]
Susan Loone tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang tidak jelas.
Anwar gagal memperkatakan prinsipnya berkenaan homoseksual, walaupun
Anwar berkata di Malaysia 95 peratus tidak menerima perkahwinan gay.
Kata Anwar lagi :
“The law is there..what do you expect me to do?”
[Terdapat undang-undang di sana..apa yang anda harapkan untuk saya lakukan?]
Anwar membayangkan jika beliau dilantik PM, beliau tidak
mahu mencampuri urusan peribadi individu walaupun seseorang itu
melakukan perbuatan homoseksual yang dilarang dalam Islam;
“It is not our business to probe people personal lives. You
can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he
was a homosexual”
[Itu bukan bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan
peribadi setiap rakyat. Anda tidak boleh membabi buta menyerang
(kehidupan peribadi) rakyat, memukul dan memaksa mereka untuk mengaku
yang dia adalah seorang homoseksual]
Membaca pandangan Susan Loone berkenaan Anwar dan homoseksualiti Klik
di sini
Lorraine Hahn – CNN
Pada 25 September 2004, ketika masih di Munich, sekali lagi Anwar
diinterbiu pula oleh wartawan rangkaian CFR (Council on Foreign
Relations),
Lorraine Hahn, dari CNN. Klik
di sini
Anwar Ibrahim dan Lorraine Hahn
Ms. Hahn merupakan wartawan CNN, Talk Asia yang berpusat di Hong
Kong. Wartawan kelahiran Singapura dan berpindah ke Kanada itu
pernah terlibat dalam stesen CNBC dan NBC. Klik
di sini
Dalam wawancara bersama Anwar di Munich Lorraine Hahn bertanyakan
soalan sekitar pembebasan Anwar dan tuduhan homoseksual yang
dikenakan kepadanya.
Lorraine: Sekarang, walaupun
keputusan (hakim) 2 – 1 terdapat beberapa orang yang masih mempersoalkan
kebenarannya (perbuatan liwat) dan ini termasuk hakim sendiri – dan
saya mahu memetik sebahagiannya yang saya baca…(memetik dari majalah
FEER – kenyataannya ialah para hakim masih percaya terdapat bukti berlakunya aktiviti homoseks) – saya perlu tanya anda - apa pandangan anda?
Anwar:
Mereka membenarkan rayuan dibuat dan membebaskan saya berdasarkan
kepada argumen dan fakta perundangan yang substantif. Kemudian mereka
meneruskan dengan mengesahkan innuendo iaitu kepentingan politik. Oleh
itu keputusan perundangan yang substantif yang dikaitkan dengan kompromi
politik yang dapat dilihat dengan jelas. Kerana innuendo tersebut tidak
pernah berlaku dalam sejarah perundangan. Sama ada anda menggunakan
fakta atau undang-undang dan anda hendaklah meletakkan innuendo ke tepi.
Lorraine: Jadi apa yang anda katakan ialah mereka membebaskan anda tetapi mereka masih menanam benih keraguan difikiran rakyat?
Anwar:
Saya tak fikir ia benih keraguan kerana saya fikir sebahagian besar
rakyat Malaysia faham bahawa Tivoli Villa tiada di situ – mereka mereka-rekakan tuduhan -Ia hanyalah satu konspirasi yang melibatkan kehakiman – polis, peguam negara – dan ini adalah jelas.
Semuanya telah
terdedah. Dan ini disahkan oleh Suruhanjaya Juri Antarabangsa, Amnesty
International, Persatuan Peguam Malaysia. Apa yang mereka mahu lakukan
sebagai satu kompromi adalah untuk membenarkan pihak
eksekutif menggunakan argumen ini sekiranya saya memutuskan untuk
terlibat dalam politik. Tetapi bagi saya ia agak tidak relevan tidak
memahami apa yang mereka katakan – Saya akan meneruskan dengan apa yang
saya percaya dan menyeru untuk melakukan reform.
Media CFR bersih imej liwat Anwar
Fokus Lorraine Hahn tentang permasalahan ‘imej homoseksual’ yang
masih terpalit di wajah Anwar ini sudah tentu akan menyukarkan Anwar
walaupun dibebaskan. Fokus ini cepat tersebar di media rangkaian CFR,
bukan setakat CNN, malah turut tersebar keseluruh dunia.
Anwar sudah memberi jawapan bahawa tuduhan liwat ke atasnya adalah
‘tuduhan yang direka-reka’, walaupun
Lorraine Hahn mengatakan ketiga-tiga hakim yang membebaskan Anwar
bersetuju bahawa Anwar melakukan perbuatan homoseksual itu.
Selepas wawancara Lorraine Hahn di Munich itu, kebanyakan media
CFR telah menyelaraskan jawapan mereka di setiap artikel/rencana
berkaitan dengan Anwar dan homoseksual, pasti mereka akan menambah
perkataan ’tuduhan yang direka-reka’.
Ini merupakan pertolongan besar yang dilakukan oleh media CFR
untuk membersihkan imej Anwar dari segi homoseksualiti, kerana CFR
menguasai hampir keseluruhan media utama di dunia.
Selepas Anwar berhijrah ke Amerika, imej homoseksual ini telah disapu
bersih oleh media CFR, sehinggalah terbongkarnya kes terbaru, Anwar
didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan
Sumber: